Profil

Alumni SAMURA telah didaftarkan sebagai pertubuhan berdaftar pada 1 Julai 2004 dibawah Pendaftar Pertubuhan dengan no pendaftaran 1174-04-10. Ini bermakna Alumni SAMURA tertakluk dibawah Akta Penubuhan Persatuan.

Seperti tertulis di dalam Undang-undang Alumni SAMURA dibawah Fasal 3 – Tujuan/Maksud (1), tujuan penubuhan Alumni SAMURA adalah seperti beriku

(a) Merapatkan perhubungan dan kerjasama di antara ahli-ahli dan di antara bekas Pelajar Sekolah Menengah Sains Muar dengan pihak pengurusan Sekolah Menengah Sains Muar.

(b) Membantu dan memberi peluang dalam usaha mempertinggikan pelajaran dan ilmu pengetahuan kepada ahli-ahli persatuan melalui seminar, kursus dan kolokium.

(c) Berkerjasama dengan persatuan-persatuan lain di dalam negeri di dalam perkara-perkara mengenai pendidikan, kebudayaan, kesukanan, kemasyarakatan dan perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan undang-undang berdaftar persatuan ini.

(d) Memperjuangkan kepentingan bekas pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Muar.

(e) Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan harta bagi faedah Persatuan.

Dengan itu, setiap bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Muar dialu-alukan utk menjadi ahli berdaftar persatuan. Utk maklumat lanjut, sila hubungi no hotline sementara (019 7612274) atau email kepada [email protected] atau lawati halaman web rasmi persatuan di www.alumnisamura.com.

“An inspiring quote about your vision”

Your Name